|
Utk perhatian dan tindakan segera semua Guru Besar SJK(C) (Sekolah Bantuan Kerajaan ) dan Pengetua SMJK : PM telah mengumumkan kelulusan peruntukan pakej khas Bajet 2013 utk SJKC SBK berjumlah RM 100 juta. YB Timbalan Menteri Pelajaran 1 dipertanggungjawabkan utk menyediakan senarai penuh merangkumi SJKC SBK dari semua negeri yg mempunyai keperluan berkaitan. KSU KPM memberikan masa mulai 01 Nov - 20 Nov 2012 utk pihak JPN mengemukakan senarai permohonan LPS dari setiap SJKC SBK. Cek utk LPS dijangka akan diedarkan mulai awal bulan Feb 2013. Atas sebab itu, bantuan dan sokongan semua PENYELIA SEKOLAH CINA, JABATAN PELAJRAN NEGERI adalah dipohon utk menyampaikan perkara tersebut kpd pihak PENGETUA/GURU BESAR/LPS setiap SMJK/SJKC SBK.
Minta perhatian terhadap perkara2 berikut: 1) Tarikh akhir utk senarai tersebut dihantar ke Pejabat TMP 1 - 18 Nov. 2012
2) Sila input semua data dalam perisian Excel seperti Borang Lampiran
3) Berpandukan ketetapan peruntukan tahun 2012, permohonan LPS ( skop projek) hanya merangkumi 4 kategori sahaja, iaitu :
kategori 1 - bangunan tidak selamat/ diserang anai-anai kategori 2 - ubahsuai/ naik taraf/ selenggara kategori 3 - menampung sebahagian kos bangunan tambahan/ gantian / baru kategori 4 - membeli perabot/ perkakas & peralatan pejabat guru, kantin, pejabat am dll.
4) Skop permohonan sekolah tidak terhad kepada 1 kategori sahaja, harus mengutamakan keperluan sekolah. ** Sila mengemukakan 2 senarai, satu utk SJKC SBK, satu utk SMJK ( YAB PM tlh bersetuju utk menyediakan peruntukan khas berjumlah RM 30 juta utk SMJK pada tahun 2013)
Semua permohonan dan maklumat hendaklah disampaikan kepada En. Ng Boon Keng, Pegawai Khas Kanan, Timbalan Menteri 1, Kementerian Pelajaran sebelum 18 NOV. 2012 MELALUI PENYELIA SJK(C) , JABATAN PELAJARAN NEGERI YANG BERKENAAAN.
Sekian. Terima kasih
EN. NG BOON KENG
[Borang Permohonan Muat turun Di Sini]
|